Sorry sangat2..sejak kebelakangan ni agak sunyi blog ini..tiada info atau buletin terbaru yang dipaparkan tentang Erra Fazira mahupun BEFC..
Cuma kebelakangan ini, admin agak sibuk dengan tugasan harian. Namun begitu tetap memikirkan dan cuba untuk update info2 terkini. Setakat ini admin tertarik dengan dua artikel di bawah..
Jom kita sama2 baca...ENJOYYY!!!
![]() |
Sumber : Berita Harian (13 Mei 2013) |
U are always pretty..natural beauty..Awesome!!
#TIPS KECANTIKAN ERRA
FAZIRA
![]() |
Erra Fazira |
1) Ketika menyolek bahagian mata, Erra tidak pernah menarik
kelopak mata kerana dia percaya ia akan menyebabkan kekenduran kulit jika kerap
dilakukan. Malah, Erra juga sering mengelak menggunakan penyedut minuman kerana
ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.
2) Erra sentiasa melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Setiap kali hendak keluar dari rumah, Erra mesti memakai krim pelindung
matahari (sun block). Selain daripada itu, Erra juga tidak pernah
meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di
sekeliling mata.
3) Awasi pemakanan. Makanan terlalu berminyak berkemungkinan besar
boleh menyebabkan jerawat. Erra memperbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam
diet sehariannya. Ini kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C yang
baik untuk kulit serta memiliki anti oksidan yang membantu menyingkirkan
radikal bebas.
No comments:
Post a Comment