2/14/2013

KENALI DAN KEHEBATAN ERRA FAZIRA DALAM BIDANG SENI

biodata Fazira binti Wan Chek
 (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira adalah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Pemenang dua kali anugerah aktress terbaik FFM ini menerima jolokan "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" ke atas dirinya sejak tahun 1994 hingga kini.Dilahirkan di Sungai Choh, RawangSelangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti PengakapSt Johns Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra Fazira sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur.











Bergelar Ratu Cantik malaysia 1992



















 Pada 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia / World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Bostwana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian sebanyak 168 sentimeter. Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira.

Pertandingan akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:
Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
Cecelia Leong (21, Wilayah Persekutuan)
Lam Woon Nee (20, Perak)
Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
May Yeoh (19, Selangor)
Jojo Tan (19, Johor)
Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
Liew Soo Fon (18, Sarawak)
Wennie Chia (23, Selangor)
Tina Chia (25, Sabah)
Catherine Gripes (19, Sarawak)
Cecelia Lim (25, Johor)
Melissa Choy (25, Melaka)




Sebelum pertandingan akhir itu berlangsung, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai "peserta Melayu tunggal". Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik,senyuman yang "mengancam", wajah yang anggun menawan dan jelingan mata yang menggoda. Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.

Kemenangan Fazira dalam pertandingan Miss Malaysia-World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai $6,000 berserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.

Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 itu ialahJojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000, dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga. 



Fazira, Azeera & Erra (1990)
Erra sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di funfair sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records. kebanyakan peminat hiburan tempatan, Erra Fazira diketahui mula terkenal setelah dia menyertai pertandingan Miss Malaysia-World 1992 ketika usianya 18 tahun. Ketika itu Erra menggunakan nama asalnya Fazira Wan Chek. Tetapi rasanya tidak ramai yang mengetahui bahawa Erra sebenarnya telah mula memasuki dunia hiburan tempatan beberapa tahun lebih awal daripada itu. Ketika usianya 16 tahun (1990) dan masih bersekolah dalam tingkatan empat, Erra telah pun mula tampil dalam majalah-majalah hiburan dengan menggunakan nama glamor Azeera. Walau bagaimanapun Erra tidak berjaya merakamkan album dalam usia semuda itu dan hanya sekadar menjadi penyanyi picisan di pentas-pentas persembahan. Siapa sangka "artis remaja" Azeera yang berimejkan minah rock dalam tempoh dua tahun selepas itu mampu menjuarai pertandingan ratu cantik, seterusnya mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa Miss World, dan akhirnya menjadi bintang filem paling popular selepas membintangi filem terlaris Sembilu (1994) & Sembilu II (1995). Cita-cita Erra untuk menjadi penyanyi rakaman juga tercapai apabila dia berjaya mengeluarkan album pertama yang popular dengan lagu Cinta Abadi pada 1994.


Menceburi seni suara

Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994.















Ke layar perak
Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.Erra telahpun muncul dalam lebih 30 buah filem sepanjang 20 tahun penglibatan dalam bidang lakonan.


senarai filem-filem lakonan Erra Fazira

Erra terus mengukuhkan kedudukan sebagai Aktres Filem Nombor 1 Negara menerusi filem-filem box office lakonannya. Pada tahun 2001, karyawan dan seniman veteran melahirkan rasa bimbang akan pengganti kepada Erra ekoran monopoli Erra sebagai heroin paling laris hingga mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru. Tidak sekadar itu, nama Erra juga popular di bidang muzik apabila lagu-lagu nyanyiannya mendaki anak tangga carta muzik.

















2013
:
  Longkai - (Main Actor/Actress)
2012
:
  Ngorat - (Main Actor/Actress)
2010
:
  Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami - (Main Actor/Actress)
2009
:
  Sifu & Tongga - (Main Actor/Actress)
2008
:
  Los dan Faun - (Main Actor/Actress)
2008
:
  Anak - (Main Actor/Actress)
2008
:
  CUCI - (Supporting Actor)
2007
:
  Qabil Khushry Qabil Igam - (Main Actor/Actress)
2006
:
  Persona Non Grata - (Main Actor/Actress)
2006
:
  Castello - (Supporting Actor)
2005
:
  KL Menjerit 1 - (Main Actor/Actress)
2005
:
  Gila-Gila Pengantin Popular - (Main Actor/Actress)
2005
:
  Lady Boss - (Main Actor/Actress)
2005
:
  Potret Mistik - (Guests Artist)
2004
:
  I Know What U Did Last Raya - (Main Actor/Actress)
2004
:
  Tujuh Perhentian - (Main Actor/Actress)
2004
:
  Hingga Hujung Nyawa - (Main Actor/Actress)
2004
:
  Kuliah Cinta - (Main Actor/Actress)
2003
:
  MX3 - (Guests Artist)
2003
:
  Mr. Cinderella 2 - (Main Actor/Actress)
2003
:
  Cinta Kolestrol - (Main Actor/Actress)
2003
:
  Janji Diana - (Main Actor/Actress)
2003
:
  Sembilu 2005 - (Supporting Actor)
2003
:
  Gila-gila Pengantin - (Main Actor/Actress)
2002
:
  Soalnya Siapa? - (Main Actor/Actress)
2002
:
  Mr. Cinderella - (Main Actor/Actress)
2001
:
  Putih - (Main Actor/Actress)
2001
:
  Gerak Khas The Movie - (Main Actor/Actress)
2000
:
  Soal Hati - (Main Actor/Actress)
2000
:
  Pasrah - (Main Actor/Actress)
1998
:
  Maria Mariana 2 - (Main Actor/Actress)
1997
:
  Gemilang - (Main Actor/Actress)
1996
:
  Maria Mariana - (Main Actor/Actress)
1996
:
  Tragedi Oktober - (Main Actor/Actress)
1995
:
  Sembilu 2 - (Main Actor/Actress)
1994
:
  Sembilu - (Main Actor/Actress)



Pada tahun 1998 juga, Erra menubuhkan syarikat sendiri,
Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.
Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2011, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 81.5 juta.

            

  Arahan / Terbitan syarikatnya sendiri  Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.

TahunJudulNota
2000 - 2002Fesyen TempoRancangan TV; Sebagai penerbit
2001MTV "Terserah Padamu"Video Muzik; Sebagai pengarah
2003Cinta KolestrolFilem; Sebagai Penerbit Eksekutif
2011Badai SemalamTeater; Sebagai Penerbit Eksekutif


               Keunggulan sang Primadona

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, namun populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2011, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 81.5 juta.

Wajah Eksklusif Astro

Pada 2008, Erra menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sehingga kini sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.





Anugerah & pencapaian

Festival Filem Malaysia
Tahun
2001 Soal Hati Aktres Terbaik
2004 Cinta Kolestrol Anugerah Filem Box Office
2005 Hingga Hujung Nyawa Aktres Terbaik


Anugerah Skrin
Tahun
1995 Sembilu 2 Aktres Pilihan
2001 Soal Hati Aktres Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun
1994 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
1995 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2000 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2001 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2002 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2003 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2004 Pelakon Filem Wanita Popular Menang

Anugerah Media Hiburan


TahunKarya tercalonAnugerahKeputusan
1996Artis JelitaMenang
1997Artis JelitaDicalonkan
1998Artis JelitaDicalonkan
Kulit Depan Majalah TerbaikMenang

bersama aktor, Awie
Hero Heroin PilihanMenang
1999Artis JelitaDicalonkan
bersama aktor, Norman HakimHero Heroin PilihanMenang
2000Artis JelitaDicalonkan
Kulit Depan Majalah TerbaikDicalonkan
bersama aktor, Afdlin ShaukiHero Heroin PilihanDicalonkan
Artis Serba Boleh SensasiDicalonkan
Artis Sensasi Tahun IniMenang
2001Artis JelitaDicalonkan
Aktres Filem SensasiMenang
Artis Serba Boleh SensasiDicalonkan
2002Artis JelitaMenang
Aktres Filem SensasiMenang
bersama aktor, Yusry Abdul HalimHero Heroin PilihanMenang
Artis Serba Boleh SensasiDicalonkan
2003Artis JelitaMenang
Aktres Filem SensasiDicalonkan
bersama aktor, Yusry Abdul HalimHero Heroin PilihanMenang
Artis Serba Boleh SensasiDicalonkan
sebagai penerbitFilem Paling Sensasi Tahun IniMenang
Artis Wanita Paling BergayaDicalonkan

Album rakaman Studio

1994 Erra Fazira - Mini Album
1995 Aku Dan Dia
1996 2.5 Sayang
1999 kini
2002 sampai bertemu
2004 kini kembali
2006 ya atau tidak

Album Runut Bunyi

2000 soal hati
2002 soalnya siapa
2003 cinta kolestrol

Album Kompilasi

1997 koleksi kelasik erra fazira
1999 warna warni aidilfitri
2001 koleksi istemewa buatmu
2006 manis manis lebaran
2007 keungulan erra fazira

Selain bergelar pelakon, Erra juga seorang penyanyi pop yang popular di Malaysia dan negara serantau. Beliau telah merakam 7 buah album studio yang mengandungi beberapa lagu hits yang menduduki carta teratas di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga banyak merakamkan lagu-lagu runut bunyi untuk filem. Erra pernah membuat dua buah konsert solo iaitu pada 1999 di Kuala Lumpur dan 2006 di Perth, Australia.


Konsert & jelajah

  • Konsert Bersama Erra Fazira, Dewan DBKL Kuala Lumpur (1999)
  • Erra Fazira Live in Perth, Australia (2005)
  • Gempak Selebriti Astro Tour (2008) - di beberapa lokasi terpilih.

Erra Fazira Live in Perth, Australia (2005)
Erra Fazira Live in Perth, Australia (2005)
Erra Fazira Live in Perth, Australia (2005)


No comments: