gif resize

2/15/2013

BERSAMA ERRA.FC


 BERSAMA ERRA


PERCUTIAN DI ATAS KAPAL 

Kelab peminat Erra Fazira ditubuhkan pada tahun 2000. Bermula dengan hanya beberapa ahli sahaja pada mulanya. Pelbagai aktifiti telah diadakan sepanjang wujudnya fan club BERSAMA ERRA (BE). Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang menyertai kelab peminat BERSAMA ERRA..  di sini ada beberapa gambar yang kami share bersama anda semua...memori terindah  bersama idola kesayang kami. ERRA FAZIRA DULU KINI DAN SELAMANYA...
Rumah terbuka Erra Fazira di Menara Polo


Pelancaran fan club BERSAMA ERRA 

Pada 18 0gos 2000 dengan rasminya fan club BERSAMA ERRA dilancarkan dengan kerja sama pihak AVON. Bermulalah  dengan rasminya fan club ini  bergerak secara aktif. Lebih 300 orang menghadiri majlis pelancaran ini yang bertemakan  "Back To School" . Dapat dilihat semua yang hadir pada petang itu mengenakan pakaian sekolah seperti yang disyaratkan. Malah mereka memilih pakaian sekolah tertentu untuk digayakan dengan cara masing2. Begitu juga Erra. Beliau mengenakan pakaian sekolah ala Inggeris seperti Britney Spears dalam video klipnya Baby One More Time. Pelancaran Kelab peminat Erra ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. Ianya penuh gilang gemilang dengan adanya beberapa fan, staff EFE dan Erra sendiri membuat persembahan pada majlis tersebut. Turut hadir memberikan sokongan adalah Dato Fazley dan beberapa press yang tak jemu2 memberi liputan kepada Erra dalam setiap event yang melibatkan beliau dan kelab peminatnya.
Pada majlis itu juga, secara rasminya Erra memberi tauliah kepada wakil2 ketua kelab peminatnya yang mewakili negeri2 di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Ketua2 ini bertanggungjawab terhadap ahli2 daripada negeri tersebut dan bertindak selaku pemberi info kepada mereka untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Contohnya mengadakan aktiviti 2 hingga tiga kali setahun.

Perbagai aktiviti yang telah di atur oleh pihak Erra Fazira Entertainment ketika itu, seperti aktiviti bermain bowling antara ahli kelab dan perlawanan dengan kelab2 peminat artis lain ,futsal , berbuka puasa bersama erra, open house Erra, percutian di Hatyai & Songla, Percutian atas kapal Empress Cruz, Showcase di A'famosa Melaka, berpeluang menghadiri preview filem2 Erra, menjadi penonton VIP setiap rancangan TV yang melibatkan Erra. Memang enjoylah kami join BE ketika tu. Superb..


futsal - BE mewakili Erra game bersama kelab2 peminat artis2 Malaysia. BE naib juara tau!!!


bowling

berbuka puasa bersama Erra -Dorsett Hotel
Bowling antara ahli2 BE untuk mencari wakil mewakili BE menentang kelab2 peminat  artis2 di Malaysia.
bowling di ampang point
Trip BE ke Haadyai. Tetap happening walau tanpa ERRA

No comments: