2/24/2013

Aleesya, anak Primadona

Aleesya, anak Primadona

(lahir pada 30 Mac 2009 jam 11.40 pagi di Hospital Pakar Damansara, Damansara, Kuala Lumpur) adalah anak kepada "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" Erra Fazira. Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kilogram merupakan anak sulung Erra hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV , Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Engku Aleesya binti Engku Emran


 

Dalam kandungan

Ketika masih dalam kandungan Aleesya telah dilamar untuk muncul sebagai pelakon dalam drama Mertua vs Menantu musim kedua bersama Erra, namun ibunya itu menolak tawaran yang dibuat oleh penerbit terkenal, David Teo itu. 


kelahiran

Pun begitu, kelahiran Aleesya lebih membawa kepada episod yang menarik. Tindakan ibu bapanya menghalang wartawan dan media daripada merakam gambar Aleesya menjadi spekulasi media sepanjang tempoh 44 hari Erra berpantang. Orang ramai terutama peminat begitu teruja untuk melihat anak sulung Erra itu sehinggakan timbul kisah penyebaran gambar palsu Aleesya. Tidak kurang juga media yang menawarkan wang tunai untuk menjadi yang pertama menyiarkan gambar Aleesya, namun atas dasar profesionalisme Erra berlaku adil kepada semua media untuk mengadakan satu majlis khas memperkenalkan anak sulungnya itu.

press berkerumun ingin mengambil gambar aleesya
Aleesya muncul buat pertama kali di hadapan media ketika majlis aqiqah & cukur jambulnya, yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala pada 23 Mei 2009. Majlis sungguh meriah dengan kumpulan wanita yang sedang marhaban dan berzanji sebelum majlis dimulakan. Keadaan agak sesak dengan kehadiran puluhan wakil media dan jurufoto serta jurukamera dari dalam dan serantau Nusantara.

Gugu gaga ERRA mendapat rating tertinggi penonton astro ria
Erra mengumumkan beliau bersama suami serta Aleesya sendiri akan muncul dalam siri TV realiti, Gugu Gaga Erra terbitan Box Lite Film. Program sebanyak 10 episod yang ditayangkan di Astro Ria (104) bermula Selasa 9 Jun lalu pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang itu mencapai rating purata 2 juta penonton seminggu.Erra semasa majlis cukur jambul anaknya, pernah memberitahu media bahawa seboleh-bolehnya beliau tidak ingin anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai selebriti. Malah, katanya, kebebasannya seperti tergadai dek kerana memberi laluan kepada penggambaran dilakukan.

Aleesya adalah antara anak artis tempatan paling glamour di Malaysia..

1 comment:

putri said...

Sgt comey.....semoga sentiasa dirahmati membesar menjadi terbaek utk family & agama yer syg..... :-)