6/24/2013

PRIMADONA DAN FANS BEFC

SALAM SEJAHTERA BUAT BEFC SEMUA.. 


Bertemu kembali uollss..Semoga semua sihat2 selalu dan ceria di samping keluarga tercinta.
Primadona terus bersiaran setiap minggu, bermula dengan hanya rakaman namun kini telah bersiaran secara langsung. Admin berpendapat bahawa Primadona adalah sebuah rancangan talkshow yg sangat dekat dengan masyarakat. Primadona sering mengenengahkan topik2 semasa yang pelbagai yang sememangnya berlaku dalam senario kehidupan masyarakat kita. 
Setiap kali bersiaran, individu2 yang terlibat secara langsung dgn topik2 yang dibincangkan juga pakar2 motivasi turut diundang untuk lebih memperincikan lagi isu2 yg diketengahkan. Tidak salah jika admin mengatakan primadona adalah salah satu talkshow yang menjadi kegemaran ramai ketika ini dan sentiasa tertunggu2 siarannya di samping keterujaan dengan topik2 yg hendak diperkatakan dalam setiap episod. Malah ianya juga menjadi favorite setiap lapisan masyarakat dari yang muda hinggalah yang berusia. Kebanyakkan topik2 yang diperbincangkan adalah dekat di hati dan kehidupan mereka.

"Admin berkesempatan dan diberi peluang oleh pihak pengurusan Erra untuk membawa fans BEFC menonton dan melihat sendiri ketika Primadona bersiaran secara langsung. Ketika itu topik yang dibincangkan adalah "Berpoligami". Rata2 komen yang diberikan adalah positive, teruja, membina serta menyukai konsep hiasan dan susun atur set primadona yang cantik. Tidak hairanlah fans BEFC bergambar sakan di set tersebut. Betull tak uolss? Puas hatikannn!!! Kepada fans yg tidak berkesempatan menyertai kami semua, kerana tempat yg terhad, Insyaallah diharapkan dapat turut serta di kesempatan yg lain.

Tak kurang juga ada yang memberi komen, mereka kurang berpuashati dengan beberapa situasi yang berlaku dan nampak jelas pada pandangan mereka sendiri. Admin ada mengumpul beberapa komen mereka melalui laman sosial seperti twitter, facebook dan personal blog. Antaranya ialah :

Positive :

  • Set dan susun atur Primadona yang cantik
  • Topik2 menarik dan isu2 semasa yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat
  • Kepetahan pengacara dalam mengendalikan rancangan semakin menampakkan kemajuan terutama our kesayangan (Erra). Beliau seringkali dilihat melalui laman twitternya membuat 'homework' tentang tajuk yang akan dibincangkan semasa bersiaran lansung. Erra dilihat juga semakin berkeyakinan apatah lagi dalam mengendalikan siaran secara lansung. Tahniah!!! Keep it up Darling..
  • Berani menjemput tetamu2 yang relevan dgn tajuk dan ini akan lebih memberi gambaran tentang isu2 yg diperkatakan.
  • Penampilan setiap pengacara amat dititikberatkan oleh pihak Astro kerana menampilkan rekaan pakaian dan konsep dari pereka2 fesyen ternama di Malaysia. Sememangnya mereka sangat mempersonakan bersesuaian dgn tajuk PRIMADONA uollss..Terutama our kesayangan (Erra), sentiasa menampilkan pakaian yg elegant  yg lebih menyerlahkan keayuan wajahnya. 



Negative :

  • Bilangan tetamu yg dijemput dengan masa yg diberikan sangat terhad. Kerana ini mungkin akan membataskan idea2 mahupun pandangan tetamu untuk memberi komen tentang isu yang dibincangkan pada episod tersebut. Harap pihak produser dapat mengambil kira tentang isu masa, kerana ianya untuk mengelakkan ketiadakpuasan hati audiens terhadap persoalan dan jawapan yg diberikan oleh panel yg dijemput. Begitu juga bagi pihak panel jemputan sendiri. Pastinya jawapan atau komen mereka terbatas. Mungkin juga pihak produser boleh pertimbangkan, menjemput tetamu dalam bilangan yang lebih kecil. Ini adalah agar mereka lebih fokus kepada isu yg dibincangkan.
  • Adakalanya wujud ketidaksefahaman antara rakan pengacara sendiri. Contohnya apabila tiba turn Che Ta bercakap, KE terus mencelah tanpa memberi peluang Che Ta menghabiskan soalan beliau. Situasi ini berlaku beberapa kali sehingga audiens menyedari dan beranggapan KE cuba menguasai perbincangan ketika itu. Ini juga berlaku kepada pakar2 motivasi semasa mereka menjawab persoalan yg diajukan. Steadylah KE..hehe..
  • Admin juga ada terbaca di laman2 sosial, komen2 audiens tentang cara pengacara Primadona berpakaian. Seelok2nya semasa menjemput Ustaz dan Ustazah, mereka seharusnya lebih peka dengan cara berpakaian agar tidak menjadi isu dan bualan masyarakat. Admin tidak pasti siapakah penentu pakaian para pengacara setiap kali bersiaran. Seringkali terbaca, pemakaian skirt akan diperkatakan tidak manis dan tidak sopan apabila berhadapan dengan pakar2 motivasi contohnya seperti 'Ustaz'. 
Itu sahaja serba sedikit komen ikhlas dari fans2 BEFC dan Admin sendiri... Mewakili sebahagian kecil peminat tegar rancangan Primadona...


Diharapkan Primadona akan terus mengekalkan antara rangking yang tertinggi dan menjadi satu2nya talkshow pilihan ramai masakini.



** Admin sedikit ralat dengan isu yg hangat diperkatakan tentang our kesayangan (Erra) baru2 ini yg melibatkan pengacaraannnya dalam Primadona.- 'nama seorang tokoh Agama Terkenal tdk disebut'. Diharapkan aundiens tidak terus menghukum Erra dgn insiden itu, kerana beliau hanya menjalankan tugas dengan hanya membaca skrip yang diberikan oleh pihak produser. Erra tidak tahu apa promo yg dikeluarkan di kaca tv, berkait atau tidak dengan skrip yang dibacakan. Beliau hanya membacakan skrip yg diberikan oleh pihak penerbitan. Sebelum kita judge seseorang, sepatutnya biarlah kita tahu kedudukan yang sebenar cerita tersebut. Implikasinya mampu membuat orang yg kita hukum teraniaya.

Penjelasan Dari Erra (Metro Ahad)



For our kesayangan..."ERRA FAZIRA...."




Tahniah kerana semakin menyerlah cara pengacaraanmu..Keyakinan semakin hari semakin meningkat. Kami rasa  berbangga dengan peningkatan ini. Semoga Kesayangan akan berada sebaris dengan Pengacara2 hebat negara kita. Malah impian kami semua, satu hari nanti Erra mampu mengendalikan rancangan talkshow sendiri dan hebat seperti "OPRAH"..Why not! Tidak mustahill...

Semoga tabah hadapi segala cabaran dan dugaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada halangan..We know u are profesional and rasional. Kejayaan pasti menanti di hadapan....
Doa kami BEFC, sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupmu..ALL D BESTT!!..

LOVE U FOREVER...DULU, KINI DAN SELAMANYA..

Bersama Erra

Dalam kesempatan ini, Admin mewakili BEFC dan EF ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak..Semoga Ramadhan kali ini kita semua dirahmati dan diberkati serta segala amalan adalah lebih baik dari sebelumnya..Aminnnn....

Puasa tau uolss..Jangan ponteng2..Yeay!...Hehehe..

#SEKIAN
kita jumpe selepas raya ye.. cuti panjang.. huhuhu ^__^



2 comments:

Leyza Zul said...

Love u sista!

Edzlin said...

Suka dengan artikel admin berikan. Ada positif dan negatif. :)