gif resize

5/19/2013

PENAMPILAN DAN TIPS KECANTIKAN ERRA FAZIRA

Assalamualaikum...Salam Sejahtera uollsss....

Sorry sangat2..sejak kebelakangan ni agak sunyi blog ini..tiada info atau buletin terbaru yang dipaparkan tentang Erra Fazira mahupun BEFC..

Cuma kebelakangan ini, admin agak sibuk dengan tugasan harian. Namun begitu tetap memikirkan dan cuba untuk update info2 terkini. Setakat ini admin tertarik dengan dua artikel di bawah..
Jom kita sama2 baca...ENJOYYY!!!
Sumber : Berita Harian (13 Mei 2013)
Admin tertarik tentang artikel ini, apabila Erra Fazira dijadikan contoh di samping artis tersohor tanah air, Sheila Majid. Erra dikatakan bijak menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Bagi admin, secara peribadi memang beliau seorang yang amat detail dan peka dengan apa sahaja perkara yang dilakukan. Apatah lagi dari segi penampilan beliau walau di mana beliau berada. Tidak heranlah Erra sering dikaitkan dengan ikon fesyen Malaysia malah penampilan dan pembawakan dirinya sentiasa menjadi perhatian.

U are always pretty..natural beauty..Awesome!!




#TIPS KECANTIKAN ERRA FAZIRA


Erra Fazira
Setiap kali Erra Fazira melangkah ke acara karpet merah, pasti banyak mata yang tertumpu kepadanya. Dalam masa yang sama, jurufoto tidak henti-henti merakam wajahnya untuk tatapan peminat. Hendak tahu apa rahsia kecantikan Erra? Jom semak tiga tip cantik yang pernah dikongsikan Erra sebelum ini. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.


1) Ketika menyolek bahagian mata, Erra tidak pernah menarik kelopak mata kerana dia percaya ia akan menyebabkan kekenduran kulit jika kerap dilakukan. Malah, Erra juga sering mengelak menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

2) Erra sentiasa melindungi kulit daripada sinaran matahari. Setiap kali hendak keluar dari rumah, Erra mesti memakai krim pelindung matahari (sun block). Selain daripada itu, Erra juga tidak pernah meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

3) Awasi pemakanan. Makanan terlalu berminyak berkemungkinan besar boleh menyebabkan jerawat. Erra memperbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam diet sehariannya. Ini kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit serta memiliki anti oksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas.

No comments: